Terdapat kisah seorang anak dan ibu. Ibu ini mempunyai 5 orang anak. Dia melayan semua anaknya dengan kasih sayang yg tidak berbelah bahagi kecuali anak yang ke-3. Anak yg ini selalu di salahkan atas semua hal. Walaupun bukan salah anak yg ke -3 ini, tapi dia tetap dipersalahkan. Anak ini seringkali muhasabah diri untuk mencari kesilapan diri dan mencuba untuk berubah dan berubah. Anak ini pada mulanya sangat suka melawan cakap ibunya kerana dia tertekan kerana sering dipersalahkan tapi seiring dengan masa anak ini berubah dan tidak melawan cakap ibunya ini lagi dan hanya mendengar dan mendengar dan terasa sangat sedih dengan sikap ibunya yang masih hanya menyalahkan dia. Anak ini kerap berfikir apakah salah yg besar telah aku buat terhadap orang sampai begini layanan ibu kepadaku. Anak berfikir dan terus berfikir sampai kesihatannya merosot. Sehingga 1 hari anak ini mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran. Anak ini merasa sangat gembira dan memberitahu ibunya berita itu tatp jawapan ibunya cukup mengecewakan. Ibunya menghalang niatnya untuk menyambung pelajaran. Dalam diam-diam anak itu mencari wang secara senyap untuk membiayai perbekanjaan dia ke universiti. Anak ini hendak sangat menyambung pelajaran kerana ingin mengubah nasib keluarganya yang selalu kekurangan wang dan ditindas orang serta saudara mara sendiri. Tetapi pada suatu hari ini mengetahui semua sudah terlambat, dia disahkan menghidap penyakit paru-paru berair last stage. Anak ini merasa dunianya gelap seketika, dia tiada tempat untuk mengadu, hanya kepada ALLAH dia meratap nasib. Sepanjang hari anak ini keluar dan beribadah di masjid untuk mendekatkan diri. duit gaji yang diperolehi die mengambil sedikit untuk membeli kain kapan dan menenpah batu nisan, duit selebihnya dia memberi kepada ibunya. Anak ini hanya mempunyai masa kurang daripada 6 bulan untuk terus hidup. Dia juga membatalkan hasrat untuk sambung belajar dan berbakti kepada ibunya semata-mata untuk mendapat keredhaan ibunya. Walaupun dia sering dimarah dan dipersalahkan dia hanya mendiamkan diri dan tersenyum serta berdoa kepada allah untuk mengampunkan dosa dirinya. Saban hari die mengunjungi masjid untuk beribadat kepada ALLAH. Saban hari jugalah dia berdoa supaya dapat keredhaan dari ibunya dan diampunkan dosa-dosanya. Anak ini sentiasa bangun untuk solat malam untuk berdoa kerana dia takut meninggal sebagai anak yang derhaka. Bagi dia keredhaan ibu itu penting, biarlah bagaimana perangai ibunya, ibu dia tetap 1 dan tiada pengganti. 2 bulan sebelum dia pergi, hati dia tergerak untuk menulis surat kepada ibunya.
Assalamualaikum
Kehadapan Bondaku,
Ibu,
maafkan saya,
halalkan makan minum saya,
halalkan air susu ibu kepada saya,
Ibu,
saya tahu saya pernah berbuat salah kepada ibu
andai hanya kesilapan insan yg naif ini yg masih belum sempurna dan masih perlukan bimbingan daripada insan yang bernama ibu yang ibu marahkan sangat sampai saat ini,
maafkan saya ibu,
saya tiada niat untuk melukakan hati ibu,
tp hati ini sering dihasut syaitan untuk melawan cakap ibu,
maafkan saya ibu,
saya cuma insan yang lemah yang dibiarkan tanpa bimbingan sesiapa pun,
hanya ALLAH yang menjadi peneman saya di malam hari,
di saat saya lemah dan sedih,
tp alhamdulillah,
saya dapat muhasabah diri dan disaat nyawa saya di penghujungnya,
ternyata ALLAH masih memberi saya kesempatan untuk berbakti kepada ibu demi mendapatkan keredhaan dan keampunan dari ibu dengan memberi saya masa selama 6 bulan lagi sebelum nyawa saya diambil,
saya tahu ajal, maut, rezeki di tangan ALLAH,
tapi anak ibu ini telah disahkan mengidap paru-paru berair tahap akhir,
masa saya hanya tinggal sikit sahaja untuk berbakti kepada ibu,
Ibu,
waktu dulu saya tidak mengerti kenapa saya selalu dimarahi oleh ibu,
tapi sekarang saya sudah mengerti,
kerana ibu meyayangi saya,
saya rasa sangat gembira,
saya pun sayangkan ibu,
sayang sangat-sangat,
Ibu,
pengorbanan ibu membesarkan saya tiada ternilai,
maafkan saya jika kehadiran warkah ini cuma menganggu ibu,
sekali lagi saya ampunkan dosa dan redhakan hidup saya selama ini ibu,
jangan menangis sewaktu pemergian saya nanti kalau ibu sayangkan saya,
senyumlah dan cium dahi saya.
Yang Benar,
Anakmu
Semakin hari muka anak ini semakin pucat. Walaupun dia sudah tidak larat kerana penyakitnya tapi dia tetap melaksanakan arahan ibunya. Anak ini menunaikan semua permintaan ibunya supaya dia tidak meninggal dunia dalam penyesalan. Selepas sebulan lebih anak ini menghembuskan nafas terakhirnya dalam keadaan sujud di masjid tempat dia selalu beribadat, muka anak ini kelihatan sedih. Anak ini dibawa pulang ke rumah untuk diuruskan jenazahnya. Surat yang dijumpai di sebelah anak ini diserahkan kepada ibunya. Selepas ibunya membaca isi kandungan surat tersebut. Ibunya tersenyum sambil menitis air mata dan mencium dahi anaknya. Riak muka anak ini terus tersenyum kerana dia tahu ibunya telah meredhakan hidup dan mati dia.
p/s: keredhaan ibu itu penting. =)