Sunday, 26 June 2011

Sepi (Part 1)

Hujan renyai2 mengiringi aku sewaktu melawat ke kuburan arwah Mohd Hafiz Bin Rafiuddin.Hari nie genap setahun sudah pemergian arwah kerana penyakit yg dihidapinya. Hidup ini aku teruskan seperti biasa tapi bayang2 arwah selalu bermain di mataku sampai ku rasa die seperti hidup dalam diri ku, seperti dia sentiasa di 
sisiku.


SETAHUN SEBELUM ITU…


Ini merupakan hari pertama aku di tingkatan enam, semuanya seperti yang ku bayangkan(pakaian sekolah, cikgu, buku teks n whatsoever). Masuk2 je, aku da terpilih untuk menjadi ketua program sempena hari kemerdekaan di sekolah ku. Memang syurga hidupku terpaksa menguruskan program2 cmtu. Sekelip mata je aku jd terkenal di sekolah tu, semua orang mengenali diri ku(rimasnyer). Sudahla beberapa hari sebelum aku masuk sekolah, aku putus cinta, tertekan aku dibuatnyer. Masuk sekolah pun sebab nak release tension tp 
bertambah tension adala..adoi.


Tiba-tiba suatu hari aku terjumpa dengan orang yg x dijangka. ‘giler arghh, xkan die masuk skolah ni gak tp nape die masuk form 5?. Btol ke tu dia? Xbleh jd ni. Aku kene siasat ni’ kata hatiku. Setelah beberapa hari aku menyiasat, rupanya dia org lain dan aku dapat tau dia pun tengah menyiasat pasal aku. ‘aduh..apa aku da buat sampai nak siasat2 aku ni?’. Satu hari tu sebelum keputusan masuk university keluar, dia telah datang berjumpa ngan aku, aku punyala cuak waktu tu(wlaupun aku nie brutal =P). 30 minit berlalu begitu saja, die mendiamkan diri dengan memandang muka aku macam nak tembus, aku bermonolog dalam hati ‘adush, mamat nie da la hensem, pandang aku macam nak bagi aku cair ngan dia..malunya die tenung aku lama2..da2 la wei’.  Tiba-tiba dia bersuara, ‘awak, saya suka awak Radiah Bt Ismail. Saya nak awak jadi teman sampai saya mati, boleh tak?’. Ternganga aku dengan pengakuan dia, aku terdiam dalam seminit ke 5 minit dan berkata ‘ dik, adik lagi muda dari akak, akak xreti la nak bercinta ngan pasangan lagi muda ni. Even akak mmg suka tgok adik pun, kita jadi adik n akak angkat je ea?’. Aku nampak riak muka si dia tp hati aku belum cukup kuat untuk menerima insan lain dalam hidupku, mungkin kerana aku takut dengan perpisahan.


Aku berjaya melanjutkan pelajaran ke UiTM dan aku juga semakin rapat ngan si dia.. Akan Bersambung…



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...