Tuesday, 28 June 2011

kisah KASIH, CINTA, SEDIH, KECEWA

KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan.Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain.Buntu memikirkan masalah yang menimpa.Apa yang pasti KASIH takkan sekali kali lari dari masalah itu.KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri.

Dari jauh CINTA yang duduk bertentangan dengan meja KASIH asyik memerhati gelagat KASIH.CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti akan menghabiskan masa di perpustakaan.Sudah lama CINTA meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA.CINTA terus memerhati wajah KASIH menyayangi KASIH dalam diam.CINTA lantas sedar KASIH seakan menghadapi masalah besar.Wajah KASIH seceria selalu, bagai di rundung duka.Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA.

KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH.CINTA perhatikan saja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH.Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran KECEWA.CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH tapi apakan daya.CINTA hanya mampu melihat dari jauh.KECEWA memang berpengaruh.CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH kalau tidak masakan KECEWA sering mengganggu KASIH.KASIH tetap tidak melayan KECEWA.dibiarkan KECEWA berlalu sepi.

Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH.Mereka mengajak KASIH keluar.CINTA bersedia untuk mengekori mereka.Hari ini CINTA pasti dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan.CINTA lekas mengejar mereka.

"KASIH..KASIH..KASIH.." tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit nama KASIH."Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?"KASIH mengangguk..

"Iya..ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?".Waaaaaaah..lembutnya suara KASIH.Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yg ingin rapat dengan KASIH.

"KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?"

"Apa?CINTA bermimpikah?CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan?KASIH minta maaf.Biar KASIH jelaskan.Andainya KASIH terima CINTA, kecewa pasti datang mengganggu CINTA dan KASIH.CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni. KASIH minta maaf."KASIH ingin berlalu pergi.

"KASIH..KASIH..tunggu.Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula.Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH.CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA.Berilah CINTA peluang.CINTA dah lama perhatikan KASIH.Dah lama menaruh hati pada KASIH.Tolonglah KASIH."

"hmm..CINTA..nanti KASIH fikirkan dulu ye.KASIH pergi dulu.SEDIH dah lama tunggu KASIH."

"CINTA tunggu jawapn KASIH.Tolong ye KASIH.Beri CINTA peluang.Tolong lah fikirkan.Berilah peluang utk kita lupakan tentang orang lain.Tolong ye."

CINTA memerhati KASIH berlalu pergi.

KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa apakan CINTA.KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA.Tak mungki KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka lara.-B

"CINTA, maafkan KASIH.KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA.KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama.Lagipun KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA.Tak mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita.Maafkan KASIH ya CINTA..


Sepi berlalu di hati CINTA.KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya.Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya.GEMBIRA..kenapa kau menjauh..?



Sumber: forum.tentang cinta





Mengapa lelaki curang???

Hikhikhik..aku bace kat blog orang..saje nak copy paste untuk melengahkan pembikinan cerita sepi (part 2) aku..hukhukhuk..



Pernahkah you all terfikir, mengapa lelaki berlaku curang?… Adakah mungkin kerana wanita lain lebih lawa lagi?

Ramai wanita menjawab, “Nama lagi lelaki…memanglah curang!…tak boleh percaya!” Namun yang nyata jawapan itu tidak akan membuatkan wanita merasa tenang pun. Menyakitkan hati lagi ada. In general, it’s down to individual, actually.

Pada pendapat bro, lelaki tidak mempunyai sebarang sebab mengapa mereka berlaku curang. Mereka tidak mempunyai alasan kukuh, malah jika ditanya dengan lelaki itu sendiri, semua jawapan yang diberi seolah-olah mereka sendiri juga tidak tahu apakah sebab utama sebenarnya.

“Tapi mungkin kerana, pasangannya dah gemuk, tidak seperti di awal perhubungan? ”

If ever bro yang berlaku curang, maybe bro sendiri tidak tahu menjawabnya. You know, kadang-kadang tu bro sendiri terasa nak tergelak mendengar alasan-alasan yang diberi apabila lelaki-lelaki ini tertangkap berlaku curang. Pernah dengar alasan, “I rasa tersisih semenjak kita ada baby…you lebih pentingkan baby dari I…itu yang I cari ’Baby’ lain!”

YES, memang dia orang tahu apa yang dia orang nak…tetapi untuk memberi sebab utama, mulailah terkial-kial dengan berbagai alasan yang tak masuk diakal pun sempat direka ciptanya :-

Kata lelaki, Masa awal-awal dan masih cinta…

“Kalau you busy macamana pun…tak apa, I tunggu.”
“You tak pandai masak pun tak apa, kita boleh makan luar je”
“I akan tetap cintakan you walaupun fizikal you berubah.”
“I suka you sexy, menaikkan semangat I tau”
“I’m a good listener, you can talk about anything to me.”
Kata lelaki, setelah tertangkap berlaku curang…

“You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah.
“You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah”
“You dah gemuk…I nak yang slim-slim.”
“Pakaian you terbukak camana pun…semangat I dah hilang kat you.”
“You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!”

Aiih…cepat bebenor berubahnya ya…Hehehe…terkena kaum lelaki minggu ni. Tapi relax arrr…bukan bro nak menyalahkan sesiapa cuma bro sendiri curious and wondering, why do men cheat on women?!

Tidak ingatkah janji you all pada yang tersayang dulu-dulu? Mengapa mesti lelaki curang dan sampai hati pulak melukakan wanita?…Ada bro bertanya pada seorang lelaki yang pernah curang dengan isterinya sehingga membawa kepada berkahwin dua, nama dia Tam. “Encik Tam, best ke ada dua isteri ni?”

Jawab Encik Tam, “Dalam 10, sedapnya hanya 1…tak sedapnya ada 9!”

“Habis tu, buat apa Encik Tam kahwin lagi satu kalau macam gitu rupanya?” tanya bro.

“Masa tengah gatal dulu, tak tahu…jadi saya kahwin lagi satu, tapi setelah setahun kahwin, dah ada anak…rupa-rupanya sama aje. Balik-balik jadi macam bini yang pertama jugak!…Sekarang, mulailah nak menggatal cari yang ketiga!”

”Ai, Encik Tam…biar betul!”

“Hehehe…gurau aje..tak larat dah aku pun.”

Jadi, kesimpulannya hari ini, basically…

You berlaku curang hari ini, sedapnya hanya seketika. Hakikatnya, apabila you bersama yang pada pandangan you lawa, cantik dan masih sexy itu…apabila sudah beberapa lama…you akan JEMU jugak akhirnya.

I guess that’s the answer!!…LELAKI CURANG KERANA MEREKA CEPAT JEMU & BOSAN with the same girl all the time. Bila dah jemu, mulailah mencari yang lain. Yang mana sebenarnya, after a while…yang lain itu adalah wanita yang sama sahaja. Kesian orang pompuan!

Nasihat bro kepada kaum lelaki :

Carilah wanita yang benar-benar you suka. Sukakan segala-gala tentangnya. Suka cara bercakapnya, suka lenggoknya, suka personiliti…suka semualah. Kemudian bayangkan yang you akan grow old together…kalau boleh nampak bahagia…then bro pasti cinta akan hadir dengan sendiri, mengikat hati anda berdua.

Nasihat bro kepada kaum wanita :

Pandai-pandailah mengubah scenery kehidupan anda berdua agar pasangan anda tidak mudah jemu. Tukar-tukarkan cara berpakaian, style rambut, ubah cara sentuhan dan panggilan! Pelbagaikan pulak perkara yang dilakukan, tempat yang dikunjungi, persoalan yang diperbualkan. Kalau biasa duduk belah kiri, duduk belah kanan pulak. kalau biasa di bawah, kenalah di atas pula. Kalau semua dah biasa…fikirkan sesuatu agar everything menjadi luarbiasa. Barulah happening dan teruja pasangan anda tuuu…

Alright semua…so, apa pendapat anda pula?…adakah cara-cara lain yang boleh anda fikirkan untuk dikongsi bersama?…keluarkan apa yang anda rasa boleh membantu antara satu sama lain and let it out here.
-BY brotherlove-



Sunday, 26 June 2011

Sepi (Part 1)

Hujan renyai2 mengiringi aku sewaktu melawat ke kuburan arwah Mohd Hafiz Bin Rafiuddin.Hari nie genap setahun sudah pemergian arwah kerana penyakit yg dihidapinya. Hidup ini aku teruskan seperti biasa tapi bayang2 arwah selalu bermain di mataku sampai ku rasa die seperti hidup dalam diri ku, seperti dia sentiasa di 
sisiku.


SETAHUN SEBELUM ITU…


Ini merupakan hari pertama aku di tingkatan enam, semuanya seperti yang ku bayangkan(pakaian sekolah, cikgu, buku teks n whatsoever). Masuk2 je, aku da terpilih untuk menjadi ketua program sempena hari kemerdekaan di sekolah ku. Memang syurga hidupku terpaksa menguruskan program2 cmtu. Sekelip mata je aku jd terkenal di sekolah tu, semua orang mengenali diri ku(rimasnyer). Sudahla beberapa hari sebelum aku masuk sekolah, aku putus cinta, tertekan aku dibuatnyer. Masuk sekolah pun sebab nak release tension tp 
bertambah tension adala..adoi.


Tiba-tiba suatu hari aku terjumpa dengan orang yg x dijangka. ‘giler arghh, xkan die masuk skolah ni gak tp nape die masuk form 5?. Btol ke tu dia? Xbleh jd ni. Aku kene siasat ni’ kata hatiku. Setelah beberapa hari aku menyiasat, rupanya dia org lain dan aku dapat tau dia pun tengah menyiasat pasal aku. ‘aduh..apa aku da buat sampai nak siasat2 aku ni?’. Satu hari tu sebelum keputusan masuk university keluar, dia telah datang berjumpa ngan aku, aku punyala cuak waktu tu(wlaupun aku nie brutal =P). 30 minit berlalu begitu saja, die mendiamkan diri dengan memandang muka aku macam nak tembus, aku bermonolog dalam hati ‘adush, mamat nie da la hensem, pandang aku macam nak bagi aku cair ngan dia..malunya die tenung aku lama2..da2 la wei’.  Tiba-tiba dia bersuara, ‘awak, saya suka awak Radiah Bt Ismail. Saya nak awak jadi teman sampai saya mati, boleh tak?’. Ternganga aku dengan pengakuan dia, aku terdiam dalam seminit ke 5 minit dan berkata ‘ dik, adik lagi muda dari akak, akak xreti la nak bercinta ngan pasangan lagi muda ni. Even akak mmg suka tgok adik pun, kita jadi adik n akak angkat je ea?’. Aku nampak riak muka si dia tp hati aku belum cukup kuat untuk menerima insan lain dalam hidupku, mungkin kerana aku takut dengan perpisahan.


Aku berjaya melanjutkan pelajaran ke UiTM dan aku juga semakin rapat ngan si dia.. Akan Bersambung…



Saturday, 25 June 2011

Luahan Hati Seorang Kekasih


Saat yg Semua Ku Impikan
TeLah Lama KuNantikan
Kau lah PuteraKu
Wahai KekasihkU
Masuklah Ke Dalam Duniaku

Umpama Dalam Mimpi
Hadirnya Engkau Yang Menghiasi Hari2 Ku
KeKasih yg Amat Ku Cintai

Pertemuan Pertama
Umpama Panahan BerBisa
Yg Bisa Meluruhkan Jantungku
Semua Hidupku Hanya Untukmu

Bersyukur Kepada Tuhan Yg ESA
Kerana Mengurniakan Engkau Kepada Ku
Sesungguhnya Ku Amat Sygkan Mu
Tulusnya Hatiku Dalam Mencintaimu

Peluklah Aku Jika Terkenang
Aku Tercipta Hanya Untuk DiriMu
Bukan maksudku Untuk Melukaimu
Bukan Niatku Dari Dulu
Ku hanya MenGuji Ketulusan Hatimu
Ternyata…Semuanya UntukKu



Friday, 24 June 2011

10tips pelihara CINTA

Cinta bukan lah bermain dengan hanya berkata-kata saja.. tapi cinta amat penuh bermakna kalau kita sendiri mengalaminya.. memang bukan mudah untuk pelihara cinta itu.. memang sakit bila kita menghadapinya.. indahnya saat bercinta pahitnya menghadapinya... bagaimana? mesti semua orang pernah menghadapinya tak kira la cinta monyet ke ... cinta remaja ke.. tapi bila kita betul2 dah merasai cinta itu.. kita sendiri akan menghargai dan memeliharanya... jom kita tengok tips ni saya ambil dan share kepada semua ini saya kredit kepada blog http://pakarhowto.com/tips/10-tips-memelihara-cinta-sejati.html


1. Pilih pasangan yang sesuai
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.
Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: “Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?” Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.
2. Jangan terburu-buru
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.
3. Percaya akan kelemahannya
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, ’saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik,” percayalah dia.
Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; ‘adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.’
4. Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.
5. Terima seadanya

Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. Bukan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.
6. Jadi pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.
7. Buktikan siapa diri anda
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.
8. Mr. Right kembali
Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?
Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.
9. Bukan perigi cari timba
Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.
10. Hargailah diri sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya

Sharing....

Blog ini saya buat adalah untuk berkongsi tentang cinta pada semua blogger2... lebih2 lagi cinta yang saya sendiri alami atau kawan2 saya sendiri.... saya amat berminat sangat nak cerita semua ni... sharing its loving kan :D taksalah berkongsi ilmu ye tak ya... permulaan blog ini agak simple tapi saya belajar dari senior2 yang mana share saya kredit mereka punya... yang saya cerita mengenai cinta saya.. saya akan bagitahu... blog ini amat kecil dan takseberapa harap penerimaannya diterima :) sekiannn semoga kawan2 seronok baca dan melihat keindahan warna2 cinta dalam blog ini ;p

Wednesday, 22 June 2011

Who Am I?

21/9/1990 merupakan tarikh keramat bagi kerajaan Saad kerana
pada subuh yg hening tepat pukul 4:36 pagi 
lahirlah seorg puteri yg bernama Siti Hawa Binti Saad.
Puteri membesar menjadi seorang yg sgt hyper, ceria, kuat melawak 
dan seolah2 tiada duka dalam hidupnya.
Tapi siapa sangka puteri yg sgt tabah ini
pernah mghadapi saat2 mautnya tp alhamdulillah,
allah masih memberi dia kesempatan utk menghirup udara segar di dunia ini lagi.
Puteri menghadapi setiap dugaan dgan tabah dan airmata(hehe).
Puteri yg disebut2 itu ialah aku sndiri..hehe..dan nama pena aku adiyatadzdzin.
Keep Smile On Ur Face Whatever Hard Ur Life It Be. =D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...